Wednesday, June 11, 2008

Euro Datang Lagi - 2008


Rasanya macam baru setahun Greece menang Euro 2004. Rupanya dah 4 tahun. Cepatnya masa berlalu kan...Sekarang tiba masanya kita menyaksikan 16 negara terbaik Eropah berentap menyahut cabaran keunggulan berprestij bola sepak Eropah kali yang ke-13..Adakah Switzerland, Turki, Portugal, Republik Czech, Germany, Poland, Austria, Croatia, Holland, Italy, France, Romania, Spain, Sweden, Russia dan Greece yang menjulang piala kebanggaan bola sepak Eropah...Sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan episod Euro 2008!!!!

Seperti biasa, semua orang ada ramalan atau target siapa yang menang Euro 2008. Aku macam biasalah...SPAIN...hehe..Hidup Spain!!!! Dari dulu sampai sekarang memang penyokong Spain. Walaupun Raul Gonzalez dah tak main dengan Spain, tapi Torres ada pengantinya...Apapun, Raul tetap jadi legend...Magic Adidas 7....

Pendapat aku, Spain akan menang Euro kali ini...lebih kurang macam ni lah ramalan aku untuk Euro 2008....QF = Portugal vs Croatia, Germany vs Rep. Czech, Holland vs Sweden dan Spain vs Italy....SF = Portugal vs Germany dan Spain vs Holland...Final = Spain vs Germany....Champion of the Euro 2008 = ............Spain!!!!!




















Sunday, June 1, 2008

Dress For Success


Custom TShirt Generator




Custom TShirt Generator



Pakaian melambangkan peribadi....

Semuanya Dari Tanah

Wahai anakku, sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan mereka itu laksana baja untuk menyuburkan tanaman.

Bergaullah dengan orang-orang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat serta tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat mereka bagaikan mutiara berhikmah bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering disirami air hujan.

Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya kepada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuang dunia ini, kelak dirimu menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah apa yang kamu makan dan pakai itu kesemuanya dari tanah belaka......- Luqman Al-Hakim

Jika Kanak-kanak itu........

Jika kanak-kanak itu sentiasa dikutuk,
Dia akan mudah mengutuk;

Jika kanak-kanak itu sentiasa diseterui,
Dia akan suka berkelahi;

Jika kanak-kanak itu sentiasa dihina,
Dia akan menjadi seorang yang pemalu dan rendah diri;

Jika kanak-kanak itu sentiasa diberi malu,
Dia akan sentiasa rasa bersalah;

Jika kanak-kanak itu sentiasa dilayan dengan sabar,
Dia akan menjadi seorang yang penyabar;

Jika kanak-kanak itu sentiasa diberi galakan,
Dia akan mempunyai keyakinan diri;

Jika kanak-kanak itu sentiasa ditaburi dengan pujian,
Dia akan tahu menghargai;

Jika kanak-kanak itu sentiasa dilayan dengan adil,
Dia akan mengutamakan keadilan;

Jika kanak-kanak itu sentiasa diberi perlindungan,
Dia akan belajar mempercayai orang lain;

Jika kanak-kanak itu sentiasa diberi pengiktirafan,
Dia akan sukakan dirinya dan orang lain;

Jika kanak-kanak itu sentiasa didekati dan diterima,
Dia akan penuhi dunia ini dengan kasih sayang.