28 Tahun sudah berlalu, cepatnya masa meninggalkan insan bernama Manusia kerdil ini...Kira umur saya dah 28 tahun..rasa macam dah tua sangat...Tapi ini adalah sebahagian daripada perjalanan kehidupan kita di dunia fana ini...Masa depan perlu kita lalui dengan sebuah perjuangan...
28 Tahun yang lalu, 29.10.1980, dilahirkan setelah hanya 7 bulan dalam kandungan bonda tercinta...Terima kasih bonda atas segalanya..Sayang mak sangat :)
Hari ini dalam sejarah kerana :
1) 29.10.80 = 29.10.08
- Perhatikan tahun 80 jadi 08..Unik kan???
2) 29.10 = 29 Syawal
- Amat jarang sekali bila mana tarikh di Tahun Masihi = tarikh di Tahun Hijrah, Kan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam susunan bulan-bulan di dalam Islam....
3) 29.10.80 = Hari Rabu, dan 29.10.08 = Hari Rabu...Bak kata Nujum Pak Belalang..."Kadang-kadang" :)
4) Dan macam-macam lagi lah..Biarlah Rahsia....
Selamat Hari Lahir ke-28, Untuk Diriku Sendiri...Hehe
Wednesday, October 29, 2008
Hari Ini Dalam Sejarah
Posted by magik-7 at 7:34:00 PM 0 comments
Friday, October 24, 2008
Ilmu Adalah......


Ilmu adalah perbezaan antara yang halal dan yang haram,
Ilmu adalah tanda jalan ke Syurga,
Ilmu adalah penghibur hati ketika gelisah,
Ilmu adalah sahabat dalam perjalanan,
Ilmu adalah jurubicara ketika bersunyi-sunyian,
Ilmu adalah penolong ketika susah dan senang,
Ilmu adalah senjata( bagi menentang musuh ).
Jadi, mana yang lebih utama, Ilmu atau Harta????
Fikir-fikirkanlah.....
Posted by magik-7 at 9:11:00 PM 0 comments
Sunday, October 19, 2008
Salam Syawal 1429H




Lamanya x update blog..macam-macam benda yang menghalang untuk tugas yang mulia ini..Chewah..Biasalah sibuk memanjang aje...baru hari ini ada free sikit..Boleh mengalahkan masa YB2 kita semua :)
Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin kepada semua Umat Islam walau di manapun anda semua berada...Salam Syawal 1429H...Sambutlah Syawal ini dengan penuh meriah dengan kesederhanaan yang diberkati Ilahi..Amin
Selamat berpuasa 6 Syawal gak..Alhamdulillah, aku baru aje selesai berpuasa 6 Syawal pada sabtu ini..kira semalam lah..Yahooo....hehe..
Posted by magik-7 at 11:37:00 PM 0 comments
